Langsir Terkini 2018 dari IE Curtain Glory
Setiap individu pasti menginginkan kediaman yang selesa dihiasi dengan deko langsir terkini kan? Tidak dapat dinafikan bahawa langsir adalah salah satu faktor penting dalam tatacara hiasan dekorasi rumah.
Langsir selain dari melindungi privasi sebuah kediaman ia juga berfungsi untuk menaikkan seri rumah. Langsir membantu memberi gaya, drama, keanggunan, glamor atau sentuhan moden kepada kediaman anda.
Kalau anda berhasrat memberikan gaya ruang yang menarik dan sejuk mata memandang, faktor pemilihan langsir juga amat penting sepertimana pemilihan perabot, warna dinding, hiasan dalaman dan sebagainya.
Disini kami bawakan beberapa patern dan langsir terkini yang menjadi idaman ramai sebagai rujukan dan pilihan hati.
Langsir Terkini #1 Pattern French Pleat
Ini beberapa Patern langsir yang ringkas menggunakan patern French Pleat sahaja. Langsir ini sentiasa evergreen dari dahulu. Walau hanya menggunakan cakuk untuk membentuk lekuk tapi dengan kiraan yang betul dan jarak sama rata antara cakuk memberikan satu gaya yang menarik.
Pemilihan warna, kain yang bersesuaian dan kombinasi antara kain bercorak dan kosong juga mampu memberi kelainan.




Langsir Terkini #2 Patern Eyelet
Patern ini adalah yang paling diminati dan mendapat tempat pada masa kini. Ringkas tapi nampak mewah dan megah. Amat sesuai bagi yang mendambakan suasana moden dan ringkas tapi mewah.
Patern ini digayakan menggunakan ring eyelet dan digantung pada rod kayu atau besi. Mudah dipasang. Rod kayu dan besi pula terdapat pelbagai design dipasaran yang dapat dipilih oleh pemilik.


Langsir Terkini #3 Patern Roman Blind
Roman blind antara patern langsir terkini yang mendapat sambutan. Gaya moden yang kemas. Meminimakan penggunaan kain.


Saya berminat dengan Basic Roman Blind style. Boleh bagi lebih info
Boleh hubungi kami untuk penerangan lanjut di 019 5571596.