Tips Deko Bilik Tidur Sempit

Tips Deko Bilik Tidur Sempit agar Tampak Luas

Pada zaman moden ini kebanyakkan rumah, ruangan bilik tidur agak sempit disebabkan kos rumah yang mahal. Jadi kami sarankan beberapa tips deko bilik tidur sempit agar kelihatan luas dan sedap mata memandang. Almaklumlah kita menghabiskan 1/3 dari masa kita di rumah di ruang bilik tidur untuk berehat. Jadi mestilah inginkan ruangan yang selesa.

# 1 Pilihan Warna dinding dari kategori warna warna Pastel

Walaupun kebanyakkan kita mengecat dinding dengan warna putih untuk menghasilkan ilusi luas, tetapi warna putih agak membosankan dan sangat biasa. Apakata cuba warna warna pastel di dinding ruangan bilik.

Warna Pastel adalah warna warna yang lembut, cair dan pucat. Ini memberikan ilusi luas sekali gus warna yang lebih menarik untuk ruangan bilik agar tampak lebih berseri.

Warna Kuning cair yang memberi impak luas dan menaikkan seri ruang selain pengguaan warna putih yang bosan.

#2 Pemilihan Perabot 

Untuk bilik tidur sempit minimalkan penggunaan perabot . Ada yang berpendapat gunakan perabot yang bersaiz kecil untuk nampak luas. Tapi ini bukan caranya. Perabut kecil yang banyak hanya akan membuatkan ruangan nampak serabut.

Cara terbaik hanya letak perabot penting sahaja seperti Katil, Almari Pakaian, Meja Solek dan meja sisi katil. Cukup 4 ini. Jangan tambah lagi. Lagi Baik kalau perabot yang multipurpose seperti katil ada ruangan menyimpan dibawahnya atau meja sisi yang boleh dijadikan meja tulis bila diperlukan.

Meja sisi yang sekaligus berfungsi sebagai meja tulis.

#3 Tambah Cermin

Cuba pasangkan cermin besar di dinding bilik. Ini kerana cermin boleh beri ilusi keluasan. Cermin Boleh dipasang di dinding sisi katil atau pun gunakan almari pakaian yang pintunya terdapat cermin atau material seakan cermin. Meja solek yang ada cermin besar juga membantu.

Penggunaan Almari pakaian yang ada cermin di pintu.

#4 Pencahayaan yang baik

Pastikan bilik tidur mendapat pencahayaan semulajadi yang maksima. Elakkan perabot dari menghalang cahaya dari tingkap.

Bilik Sempit nampak Luas
Penggunaan Bidai Roman yang ringkas dan material telus cahaya. Lantai kilat seakan cermin.

Gunakan Bidai atau sheer sahaja pada tingkap, bukan langsir tebal. Kalau pun malam memerlukan langsir tebal, pastikan langsir boleh ditolak ketepi pada siang hari dan membenarkan cahaya matahari menerobos masuk kebilik.

Bilik hanya menggunakan bidai.

Selain itu pastikan lampu siling memberikan cahaya yang secukupnya. Kalau perlu tambah lampu sisi. Ini untuk pencahayaan malam hari.

#5 Pemilihan Aksesori

Untuk nampak luas boleh cuba mencari perabot yang menggunakan kemasan cermin seperti gambar almari di atas atau pun kemasan stainless steel yang berkilat. Ini membantu beri ruang nampak luas dan juga eksklusif.

Selain itu boleh juga cuba gantungkan lukisan atau gambar besar di bahagian atas kepala katil bagi memberi ilusi dinding besar.

Lukisan Besar dipasang pada dinding dibahagian atas kepala katil

Itu sahaja 5 tip untuk hasilkan ilusi luas pada kamar tidur anda. Boleh juga dicuba tip ini pada ruangan lain.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *