Mengapa Kain Langsir Blackout Menjadi Pilihan

Mengenali kain langsir Blackout.

Langsir blackout adalah langsir yang diperbuat dari kain tekstil jenis blackout. Ciri Ciri kain yang dipanggil blackout itu adalah kain yang umumnya lebih berat dari kain langsir biasa, lembut dan beralun tekstur kainnya. Kain ini juga ditenun rapat dan banyak. Lapik belakang kain ini sangat bagus dan baik menggunakan benang hitam.

Kain blackout juga dapat menghalang cahaya dan haba juga bunyi kerana ketebalan dan tekstur kainnya. Atas sebab inilah kain jenis ini banyak digunakan sebagai langsir atau tirai di bilik-bilik hotel, dewan-dewan seminar, bilik tidur mahupun ruang tamu kediaman. Akan tetapi kain ini tidak sesuai untuk langsir bahagian dapur.

Gambar hiasan dari Internet. Bukan dari Ie Curtain

Kenapa Langsir Blackout menjadi pilihan ramai ?

#1 Kain Tebal dan berat

Material blackoutyang tebal dan berat dibandingkan dengan material biasa menyebabkan langsir ini nampak cantik bila digantung. Jatuhan kainnya nampak sangat elok dan kemas. Tidak kelihatan melayang layang. Ini pastinya menaikkan seri ruang.

Langsir Blackout
Sesuai digayakan untuk ruang pejabat.

#2 Ilusi Mewah

Walaupun kain ini tebal dan berat tetapi teksturnya lembut. Oleh itu jatuhan kain blackout nampak sangat cantik dan beralun. Tidaklah keras kejung sahaja. Dan dengan ketebalan dan kelembutan teksturnya ia memberi ilusi mewah. Oleh sebab itulah kain ini selalu menjadi pilihan pereka hiasan dalaman rumah.

#3 Menghalang Cahaya dan Haba

Kerana kain blackout itu tebal dan tenunan tekstilnya yang rapat, kain langsir blackout berfungsi dengan baik untuk menghalang cahaya melaluinya baik cahaya matahari dari luar kedalam kediaman pada waktu siang atau cahaya lampu waktu malam dari dalam rumah ke luar.

Oleh itu memang tidak hairan ada penghuni yang  tidak sedar yang matahari sudah menegak tinggi apabila menggunakan kain blackout yang bagus. Ini kerana penggunaan kain blackout menghalang semua cahaya luar dari menerobos masuk ke ruangan bilik. Atas faktor inilah ia menjadi pilihan untuk bilik bilik hotel.

Selain dari cahaya ia juga menghalang haba panas mahupun sejuk melaluinya. Ini baik bagi menghalang haba panas dari luar menyerap masuk kedalam ruang kediaman.

#4 Menghalang Bunyi bising

Tenunan rapat dan banyak juga membantu mengurangkan suara dan bunyi bising diluar masuk kedalam rumah. Dikatakan ia mampu menghalang 40% bunyi dari melaluinya.

#5 Tahan Lama

Kerana kain blackout berat dan tenunannya rapat, kain material ini umumnya tahan lama. Jadi walau pun harganya agak mahal dari material langsir biasa, tapi hayat penggunaannya lebih lama. Ia juga tidak mudah luntur dek panahan cahaya mentari.

#6 Senang Dibersihkan

Langsir blackout yang karakteristiknya halus dan sedikit licin menjadikannya senang dibersihkan kerana tidak mudah melekat kotoran habuk.

Kesimpulannya disini, Kain blackout menjadi pilihan kerana ketebalan dan beratnya tetapi lembut dan beralun cantik bila digantung. Dan ciri cirinya yang mampu menjadi penghalang cahaya dan bunyi yang baik menjadikan kain blackout sangat diminati untuk dijadikan langsir.

 

Oh ya terakhir kali, walau namanya blacout ia bukanlah berwarna gelap. terdapat pelbagai pilihan warna dan corak untuk kain dalam kategory blackout ini. Cumanya lebih banyak terdapat dalam warna warna gelap seperti Kelabu, Coklat, Unggu Gelap dan Biru gelap.

Langsir blackout Bercorak